Blogger Templates


surat cinta utk ADAMku..~'~

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu~
Sesungguhnya aku adalah Hawa~
Temanmu yang kau pinta semasa di syurga~
Asalnya aku dari tulang rusukmu yg bengkok~
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu~
Sentiasa mahu terpesong dari landasan~
Kerana aku buruan Syaitan~


Adam,
Maha Suci ALLAH yang mentakdirkan~
Kaumku lebih ramai dari kaummu di akhir zaman~
Itulah sebenarnya kelebihan ALLAH dalam urusanNYA~
Jika bilangan kaummu melebihi kaumku~
Nescaya akan merahlah dunia kerana darahnya manusia~
Kacau bilaulah suasana~
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa~
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Qabil dan Habil~
Sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya~
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang2 ALLAH~
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu~
tapi tidak lebih dari 4 pada satu waktu~


Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yg membimbangkan aku~
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku~
Tetapi....
aku risau~
Gundah gulana menyaksikan tingkahmu~
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu~
Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara...


Adam,
Aku tahu bahawa dalam al-Quran ada ayat yg menyatakan~
“kaum lelaki adalah penguasa terhadap kaum wanita~”
Kau diberi amanah utk mendidik ku~
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga ku~
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu
Tetapi Adam~
Nyata dan apa yg sudah terjadi pada kaumku kini~
Aku dan kaumku ramai yg telah menderhakaimu~
Ramai yg telah menyimpang dari jalan yg ditetapkan~
Asalnya ALLAh mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah~
Di jalan-jalan,
Di pasar-pasar,
Di bandar-bandar,
Itu bukan tempatku~
Jika terpaksa aku keluar dari rumah~
Seluruh tubuhku mesti ditutup
Dari hujung kaki hingga hujung rambut~
Tetapi.... realitinya kini,
Hawa telah lebih dari sepatutnya~

Adam...
Mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu,
Aku jadi guru,
Itu sudah tentu katamu~

Aku ibu dan guru kepada anak-anak mu~
Tetapi skrg di waktu yang sama~
Aku ke muka menguruskan hal negara~
Aku ke hutan memikul senjata~
Padahal engkau duduk sahaja~
Ada di antara kau yg menganggur tiada kerja~
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba~
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara~
Apakah kau tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku??


Adam...
Marahkah kau jika ku katakan andainya Hawa terpesong~
Maka Adam yg patut tanggung!!

kenapa?
Mengapa begitu Adam?

Ya! Ramai org berkata jika anak jahat~ ibu bapa tidak pandai mendidik,
Jika murid bodoh, guru yg tidak pandai mengajar!

Adam,
Engkau selalu berkata~
“Hawa memang degil, tak mahu dengar kata~
Tidak mudah mdendengar nasihat”


Pada hematku yg dhaif ini.

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu,apakah didikanmu terhadapku?~
Sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri isterinya?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?


Adam~
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum~
Aku adalah pengikut2mu~
Kerana kau bagiku adalah ketua~
Jika kau benar, maka benarlah aku~
Jika kau lalai, lalailah aku~
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu~
Akalmu sembilan nafsumu satu
Aku....
Akalku satu~ Nafsuku beribu !!

Dari itu Adam, pimpinlah tanganku~
kerana aku sering lupa dan lalai~
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya~
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah ALLAH~
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku~
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi Mujahidah kekasih ALLAH~








Adam~
Seandainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri~
Masih segan mengikut langkah para sahabat~
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah~
Dunia ini akan hancur bila kaumku yg memerintah~
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri~
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu~


juz for him...

kerana kebosanan ak bergoogle la kjap..then jmpa ni..lawa kan??
erm,kata2 dia pun amt bermkna..hehehe

kata-kata semangat utkmu dan utkku...

Kata Kata Semangat saat mengeluh
 
1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, pikirkan tentang seseorang yang tidak
dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, pikirkan tentang seseorang yang tidak
punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di
jalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, pikirkan tentang seseorang yang berada pada
tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu, pikirkan tentang seseorang yang memohon
kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu
cepat.

7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin
mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan
tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Sebelum kamu mengeluh tentang jauhnya kamu telah menyetir, pikirkan tentang seseorang yang
menempuh jarak yang sama dengan berjalan.

10. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, pikirkan tentang pengangguran,
orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

11. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

persahabatan lebih penting dr cinta?? (^-^)

Kalau cinta itu dirujuk kepada pasangan~ I didnt hav a concrete answer. Tapi untuk bersahabat, perlu dengan cinta. Jangan kecilkan konsep cinta~ Seolah-olah tiada lagi soal cinta dengan keluarga, dengan sahabat, dengan Tuhan dan yang lainnya. Hanya ada soal cinta dengan pasangan~ And my answer for that question is No. Kerana tidak beriman seseorang itu melainkan dia menyintai saudaranya seperti mana dia menyintai dirinya :)

rinduku....pada mereka....(^^,)

tiap hari ku membilang waktu
bla agaknya ak blh pulang ke rumah..
semalam ak tepon ma
bersembang mcm2 ngn dia
then satu soaln yg buatkn ak rsa sedih sgt..
'kak long,bla blh balik..lma dah xbalik'
ma...kak long pun tingin nk balik tp masa xde..
hari2 kna attend event
agpun skrg ni dah dekat nk final
test pun byk lately ni..hohohoho
ku pun brjanji..insyaAllah..study week ni ak akn pulang utk sehari dua..
nti blh la kta g jln2 yer ma??
erm..udah la cuti ni kak long xda masa nk dok umah gak
abeh ja final dah start intersesi..hujung bln 6 bru abeh..if xde pape progrm n kursus ybe kak long balik
but if i huv another commitment xde la cutinya nti..owh..so pity..
xpela..utk setahun ni sy kena berkorban :-)

oite this da pic that i huv utk mnghilang rsa rindu..hehehe
 wif my lovely mum..


 saya rindukan saat ini..heheehe...

 adikku yg giler2..the only one my sibling that i have..love u so much!!!



sy syg sgt2 mereka semua...harap sihat selalu yer..wlaupun berjauhan kamu tetap di hati sya....cehhh..cehhh..hahahaa

thanks for giving me your loving and support..:-)

renungan...(^.^)

Minta dihargai adalah harga yg paling mahal sekali utk dibayar. Kerana majoriti manusia tidak pandai menghargai. kadang2 kita kena bersedia utk tidak dihargai. dari mengharapkan sesuatu yg jarang diberi :)


“Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

cinta pertama atau cinta utama..-_-"

Suasana disekitar warung itu kian sunyi. Hanya tinggal kami berdua pelanggan di warung itu. Yang  kedengaran hanyalah bunyi televisyen yang masih lagi lantang mengeluarkan suara. Antara kami? Ya~ tidak ada. Hanya sepi.

Wajah Farhan kelihatan mendung. Beria-ia Farhan mengajukan soalan itu pada aku. Mengharapkan secebis jawapan yang mungkin bisa menenangkan hatinya. Aku bungkam~ sejujurnya aku juga buntu. Masalah cinta? Ah.. apa mungkin aku yang kecundang ini mampu menasihati? Ya~ tentang kesukarannya melupakan cinta pertama.

Farhan memandang kosong air teh dihadapannya~ Seakan ada sesuatu yang ingin diluahkan.  Seketika dia membuka kata, memecahkan sunyi antara kami.

“Sudah tiga tahun~” Katanya terhenti.

“Sudah tiga tahun berlalu~ tapi, hati masih teringatkan dia~” Sambung Farhan.

Aku mengeleng~

“Dah tu, kenapa berpisah?” Tukasku.

“Entahlah.. Orang tua ada pilihan lain” Balasnya perlahan~ terdengar keluhan kecil dihujung kata Farhan. lukanya dalam barangkali?

“Dia dah berkahwin?”

“Belum. Sama macam aku~ sudah pun bertunang. Dan akhir tahun ini akan mengikat tali pernikahan~”

“Jadi.. Kau cintakan tunang kau yang sekarang?” tusukku hampir berbisik.

Farhan tersentak~ Dia termenung jauh. Diamnya panjang. Entah apa yang difikirkan~

“Ah.. Tidak cinta barangkali~ Cuma mungkin terpaksa mencintai. kan?” Tukasku. Cuba meneka lamunan Farhan yang panjang. Air teh yang sejak dari tadi dihadapan aku hirup. Farhan terkejut dengan kataku. Tajam? Ya~ kata-kata yang tajam barangkali.

“Eh.. tak. Dia perempuan yang baik. Cuma…” balas Farhan terhenti.

“Cuma tak dapat lupakan cinta pertama? Begitu?” Sambungku.

Farhan mengangguk.

“Cinta bukan tuhan~” 

“Maksudnya?”

Jangan segala kemahuannya dituruti. Jangan tunduk dan patuh pada cinta pertama. Hingga terlupa kepada cinta utama~” tegas ku.

“kau berbelit” Farhan membantah.

“Ya. Benar~ kerana Cinta kan Allah adalah cinta utama~ Cintakan DIA itu urusan kita. Tetapi cintakan manusia itu urusan DIA. jangan disibukkan dengan urusan DIA, jika urusan kita sendiri tak terjaga~”

“Entahlah~ keliru pula. Mungkin, bekas kekasih lama aku adalah yang terbaik~” Balas Farhan.

“Mungkin juga. Tapi dia terbaik untuk bakal suaminya nanti. Dan kau terbaik untuk bakal isteri kau nanti”

“Entahlah.. Kata kau terlalu sempurna. Tiada jaminan~” keluh Farhan.

Aku tersenyum. Perlahan, bahu sahabat aku yang seorang itu aku usap~

“Tidak. Cinta Utama adalah jaminannya.  Cinta kan Allah~ Jika Allah mentakdirkan sesuatu ke atas hambanya, pasti itu adalah yang terbaik buat hambaNya. Maha suci Allah dari bersifat zalim~” Balasku tersenyum.

“Jadi, Apa yang Allah nak dari aku?” Balas Farhan meminta penjelasan~

“Mudah~ dengan mencintai isteri. Setiap suami mesti mencintai isterinya~ bukan bekas kekasih lamanya. Ingat tu~”

Farhan tersenyum~

“Tapi dalam kes aku, bakal isteri mungkin?” Farhan membalas~

Kami ketawa~ Semoga Farhan menjadi suami yang baik pada isterinya nanti. Insya Allah.

utk tatapan..hasil nukilan one of my frenz..
pentingkan cinta utama dari cnta pertama yer..
and 1 of da comment ni sgt indah penilaiannya..
* 
ya.... cinta pertama mungkin indah.... cinta itu yang mengajar kita erti bahagia,mengajar erti kepentingan ilmu, cinta itu mengajar kita ketawa dan menangis.... 

namun cinta kepada suami adalah lagi indah.... cintailah CINTA HALAL.... cinta suami adlah cinta terbaik untuk isteri.... dan cinta isteri adalah yang terbaik untuk suami.... usah meraguinya... walaupun tanpa mengenali dirinya....ALLAH tahu dia adlah yang terbaik untuk kamu.... usah mencari dan menunggu cinta yang tak pasti.... belum tentu cinta yang diagung2kan itu adalah CINTA SEJATI.... cinta ALLAH semoge DIA memberkati kita semua...

so same2 la kta cari cinta Ilahi krna di situ trdapatnya cnta sejati..